Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Mati

asal bukak facebook je, dekat newsfeed mesti ada post tentang kematian. haih, that is the thing that I'm really afraid of. MATI. nanti akan tiba jugak kan saat kita pergi. saat kita kehilangan orang yang kita sayang pergi. I never stop thinking about that. am I ready to face this kind of situation ? am I ready to lose someone that I love ? did I have enough bekalan to meet Allah? haihh, this is the hardest questionnaire for me to answer. the thing that we never know, never sure. here are the signs of death..

Firman Allah SWT bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. 

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. 

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : 

Tanda 100 hari sebelum hari mati. 

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. 

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. 

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. 

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. 

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. 

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. 

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. 

Tanda 7 hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. 

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 

Tanda Akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. 

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

source : halaqah.net

for me, if I lost the person who I love the most. a part of me will be dead too. sama-sama lah kita bertaqwa dan berdoa kepada Nya.

Bismillahirrahmanirrahim,
Kau panjangkanlah umur ku, Kau panjangkanlah umur kedua ibubapa ku.
Kau jauhkan lah kami sekeluarga dari bahaya dan godaan syaitan.
Kau kuatkan lah iman kami
Kau ampunkan lah dosa-dosa kami
Kau berkati lah hidup kami.
Kau berikanlah kami hidayah dan petunjuk Mu Ya Allah.
Kau murahkanlah rezeki kami, Kau berikanlah kami rezeki yang halal.
Kau berikanlah kami kebahagian di dunia dan di akhirat.
Kau bukakanlah pintu hatiku supaya mudah menerima pelajaran,
Kau kabulkan lah doaku. Aminn Ya Rabbalalamin.
Thank You for reading my mumbles

cerita anjing, cerita kucing

kalau dah nama tu manusia, tetap manusia ,, haih , ape laaa ... gambar kat bawah nie di copy dari facebook, based on the information given, ada 'manusia' nie letak mercun dalam mulut anjing tersebut ,,, WTH  wei?

apa salah anjing nie pada pelaku tuu ? anjing ni pun benda hidup , breathing like human , got feeling like human too . ada rasa sakit , yang beza nya , dia haiwan je , yang lain semua macam manusia , cuba lahh kalau kita buat pada diri sendiri macam apa yang anjing nie kena ,, tak menjerit ? kena pisau sikit pun , kekadang meleleh jugak tears tuu, jatuh sikit pun ada luka kecil pun dah mengerang.. kalau kena macam anjing nie , mau menjerit sampai terkeluar anak tekak ,  separuh nyawa hilang tahan sakit ..dah la muka kena letup , ada bleeding, terbakar lagi,, anjing nie pun mesti fikir , salah apa lah yang dia dah buat? besar ke salah tu ? haiwan standard la kalau dia buat benda bodoh sebab dia tak da akal walaupun otal, tapi at least bila diajar, dia boleh ikut cakap.. daripada manusia yang ada otak ada akal tapi tak reti nak guna..  orang yang buat tuu, jangan kata hati kering tapi tak da hati ,, hati dah buang kot..' kecik-kecik tanak mampus, dah besar menyusah orang '-Direktor Ahmad Nisfu

aku boleh rasa pedih, berdarah,terbakar tu kat muka ,,, eiii , if aku yang kena nie , silap-silap koma, silap-silap pendek umur kot ,, mana tak nya , luka sikit pun rasa macam nak pengsan , hewhew ..

statement kat bawah nie was copied from Cesar Millan's website ..

It’s not just for the dogs… We owe it to ourselves as humans
The human brain is amazing. We can store and process huge amounts of information, we can think about the future, and use logic to solve problems.
But what happens when the brain is faced with a large number? On an intellectual level, we can understand “millions,” but on an emotional level it’s hard to connect. We hear politicians talking about the economy and billions of dollars of debt, but for most of us that’s very abstract. We understand on a much more real level, though, that if we’ve spent our paycheck by Tuesday, we’re in trouble until the next payday.
So think about this: Can you picture 4 million dogs and cats? Can you imagine what it would look like if they were all packed into one place? That’s about the same number of animals as the entire human population of the city of Los Angeles.


who is Cesar Millan ? kenal ? tak kenal ? okey he is The Dog Whisperer .. haaa sapa yang rajin bukak channel NatGeo tahu lahh , aku suka tengok rancangan nie 'The Dog Whisperer with Cesar Millan' ,, well obviously laa aku tak bela anjing , tapi aku suka tengok cara dia handle situation with the problematic dogs and the ways he train people ,, kenapa dia jadi 'The Dog Whisperer' ? haa sebab waktu dia pindah ke ke LA dia terkejut tengok banyak anjing-anjing bermasalah kat US .. so in order to help the dogs , he began to think about being a dog rehabilitator and a human trainer,, walaupun dia buat rehab dekat anjing sahaja , it is still an excellent work rather than buli haiwan-haiwan ,, dia buat bisnes rehab nie dengan bermodal kan duit gaji dia mencuci kereta .. daripada modal kecil , sekarang dia bisnes tu dah widen , dia dah ada Dog Psychology Centre, kat situ dia laa dia buat rehabilitation program pada problematic dog .. sampai anjing-anjing tu jinak , dengar cakap ,, ada satu Pitbull die nama die Daddy ,, anjing tu dah tua ,, and Cesar selalu amik Daddy nie buat role-model pada anjing-anjing yang nak di rehab nie ,, pasal if that problematic dog tuu menyalak macam mana pun , si Daddy tuu buat dunno je .. dia duduk golek centu je ,, macam tak da apa2 situasi ,, tapi malang nya yang hidup mesti mati kan *cewah ayat* Daddy dah pun mati ,, Daddy nie adalha anjing Cesar yang paling loyal, trustworthy, most influencial and well-balanced pit bul ambassador ,


nie lah Daddy pitbul tuu ,, sekarang tugas Daddy dah diambil alih oleh Junior, anak murid Daddy jugak lahh,, Junior nie ada spirit macam Daddy guak pasal tu Cesar amek dia jadi Cesar's rightman ,,, beza antara Junior dengan Daddy nie is , Junior is more athletic than Daddy ,, iye laah Daddy tu grandpa , Junior is grandson .. gittew la kata Cesar ,,

“I didn’t have life wisdom and I needed it. Daddy was pure wisdom – he was my grandpa reincarnated,” Cesar said. “I feel younger now than I did before and Junior represents new life – youth with wisdom. As I’ve said before, you get the dog you need.”

so aku respect laah Cesar nie ,, dia bantu anjing-anjing tuu ,, iye lah dekat US if anjing-anjing yang problematic nie tak dapat nak di bantu which is attitude tak bole nak ubah , diorang akan dimatikan .. so in order untuk nak elak anjing-anjing nie dimatikan , adalah manusia-manusia yang bertanggungjawab nie bantu ,,

and setahu aku Adibah Noor pulak suka adopt kucing-kucing yang terbiar ,, based on her tweet , dia ada banyak kucing-kucing, peminat kucing rupanya kakak gorilla malaysia nie , hewhew,
lepas tu yang kes kucing Hero tuu , haihh sumpah sedih ,, sapa yang ada baca Mastika tahu lahh kisah dia ,, btw, pasangan yang adopt Hero tu ada adopt lagi seekor kucing, Burn namanya ,, Burn nie kucing yang ada kurap seluruh badan ,, so dorang sapu minyak gamat everyday ,, sampai dah nak hilang kurap tuu , dah naik balik bulu kucing tuu , but one day si Burn tuu hilang macam tu  je , tak balik-balik pun... so pasangan tersebut berharap agar si Burn tu balik rumah ataupun duduk dalam keadaan sihat ,, tapi hikmah di sebalik kejadian/kebaikan yang pasangan nie dah buat , pasanagn tersebut dikurnia kan sepasang kembar perempuan ,,

setiap kebaikan yang kita lakukan pada haiwan-haiwan nie akan diberi balasan nyaa ,,aku ada terbaca kat mana entah satu petikan nie ,, ceritanya lebih kurang macam nie lah 'contohnya ada kucing nie datang and that time kita tengah makan , so memang dah terang la kucing tu tengah meminta kann , so kita bagi lah sikit makan kita pada dia, contoh ikan ke ayam ke , and time kita bagi makan tuu , kita bisik lah pada dia contohnya "doakan lah aku agar aku berjaya dalam hidup aku", haa kita minta tolong dia doakan kita, iye lah kalau kita tolong dia , InsyaAllah dia akan tolong kita balik , InsyaAllah' lebih kurang macam tu caranya , cerita yang aku baca tuu, rasanya dari majalah Mastika jugak tapi isu yang dah lama dah .. tapi apa-apa pun kita kenalah doa pada Nya hari-hari ,

p/s: this post makes me reminded about Lekir 1, Lekir 2, Leqiu, Bambi.. haiihh , rindu kalian , Lekir 1, Leqiu, Bambi dah selamat dah ,, semoga bahagi 'disana' ..Lekir 2? tak dapat dikesan , semoga selamat selalu ,, sapa diorang nie ? my cats .. tapi aku dah bela dorang nie serentak , nie semua dari zaman ke zaman ,,

p/p.s: tak kesah laa apa haiwan sekali pun...kita kenalah tolong dia kalau dia dalam kesusahan ,, kalau dalam buku PAFA mesti ada tajuk Ihsan , ada title kecik die 'Ihsan kepada Haiwan' ,,
Thank You for reading my mumbles

Valentine's Day - Hukum

I bet most all of the us know that this coming Tuesday is the Valentine's Day ,,, the day to appreciate the lover ,, I have read this article before, it was during my school time, which is I already forgot,, by then I found this article about the Valentine's Day...



SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

1)Pendapat pertama
Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

2) Pendapat kedua
Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

i) Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

ii) Versi kedua.
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

3) Pendapat ketiga.
Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
4) Pendapat keempat.
Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

HUKUM SAMBUT VALENTINE

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
p/s : you want to appreciate you lover ? lead them to be a better Muslim/Muslimah ..
p/p/s : my article review drives me crazy, I hardly understand what the writer tries to convey there, haishh ,, I think there will be a lot of mistakes.. haishh ,, 85% completed, minimum with 4 pages ,, I got the 4 pages already with headache.. -__________- homesick

Thank You for reading my mumbles

15 Kelebihan Kota Mekah

post nie aku baca dari my.ibrah.com ... Mekah nie merupakan tempat suci bagi orang Islam. Kiblat kepada orang Islam ,, so dekat sini ada lah disertakan dengan 15 benda yang mostly orang tak tahu pasal Mekah.. Subhanallah

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Source: myibrah.com

p/s : Subhanallah, kelebihan kota Mekah dengan kekuasaan Allah SWT ..
aku berdoa semoga satu hari nanti aku berpeluang untuk beribadah di Kota Suci Mekah.. semoga aku diberi kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di sana .. mama selalu pesan ,, nak pegi Mekah , pergi lah waktu usia muda.. InsyaAllah ..

Thank You for reading my mumbles

Copyright 2010-2011 Pinch Me